CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 14, 2009

Kepala Air

KERIANGAN VS TRAGEDI

Sewaktu cuti sekolah memanglah masa yg terbaik beriadah bersama keluarga samada berkunjung ke hutan lipur atau yg lebih menarik lagi jika terdapat air terjun...Di Bentong sendiri terdapat Air Terjun Chamang, Hutan Lipur Lentang dan tempat berkelah di Batu 7 Jln KL lama serta Kolam Air Panas....
Tapi awas..tempat-tempat yg nyaman seperti nih bole menjadi perangkap maut....Gambar-gambar di bawah nih menterjemahkan apa yg aku maksudkan......


AIR TERJUN NIH CUMA 25 KAKI TINGGI



AIRNYA CETEK DAN MENGALIR PERLAHAN

LELAKI MEMANG..MMG LAH..MASA NIH TUNJUK MACHO




HERO-HERO TUH MENGHALA KE AIR TERJUN


LEPAK BAWAH AIR TERJUN MMG TRILL


NIH DI SEBELAH BAWAH SIKIT DARI AIR TERJUN

PERASAN PONDOK REHAT DI TEPI AIR TUH..


TETIBA AIR MENJADI BANYAK DAN DERAS..BUNYI SEMAKIN KUAT


2 JEJAKA TADI TERPERANGKAP DI BAWAH AIR TERJUN




SELEPAS 30 SAAT...AIR SEMAKIN BESAR..




LIHAT AIR YG SEMAKIN RAPAT KE PONDOK REHAT




AIR SUNGAI SEMAKIN MENGGANAS




NASIB 2 OANG TADI X DI KETAHUI




AIR SUNGAI PENUH NGAN LUMPUR DAN SAMPAH SARAP


SELEPAS 1 JAM AIR SUNGAI MASIH MENGGANAS


TRAGEDI BAGI 2 MANGSA TADI


Pada musim tengkujuh ketika nih, tragedi spt nih sering berlaku di tempat perkelahan dan yg malangnya ia berlaku ketika orang ramai sedang bersukaria....Kepala air bole sampai dlm beberapa saat saja dan sesiapa yg berada di dalam air pd ketika tuh pasti terperangkap..

Kenapa ini berlaku??

Pokok kayu yg tumbang terkumpul bersama sampah-sampah lain spt buluh dan ranting menghalang laluan air sungai, biasanya disebelah hulu sungai. Sewaktu hujan lebat dan berpanjangan ia menjadi empangan yg tidak stabil. Empangan kayu nih akan pecah apabila tekanan air semakin kuat maka, terbentuk kepala air yg menyerbu deras ke hilir sungai..

Okay lah..paparan di atas cuma sebagai peringatan kpd semua sahabat yg bercadang untuk pergi beriadah ke hutan lipur bersama keluarga, kengkawan atau memadu kasih...



Related Posts with Thumbnails