CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

Fall in Luv at First Try

First Time...Bowling


Tinggal satu hari lagi masuk ke tahun baru..wow..another year, another chapter..Anyway..sebelum meninggalkan tahun lama sisa-sisa tahun 2009, aku telah melakukan something first in my life...Yes..pertama kalinya aku bermain bowling...

Ceritanya semasa aku di Lumut baru-baru nih, "someone" bawa aku masuk ronda dalam residensi Pengkalan TLDM Lumut..Terus singgah di kompleks bowling dan the rest is sejarah...

Dengan sedikit tips yg diajar oleh jurulatih yg x dibayar, aku ngan tersipu-sipunya mcm anak dara menghayun bola ke arah pins di hujung lane..And ofcourse..2 lontaran pertama masuk longkang...huhuuu..Alaaa..biasalah..first timer..(remember..there's always a first time). Selepas belasah 2 frame..terus berangan nak beli bola bowling ngan kasut khas untuk bowlinging..Yes..next year start main bowling di kompleks bowling di Bukit Tinggi Resort...x sabar nak sharpen up the skill..aku rasa this sport demands ur concentration, strategies, stamina, timing, body posture, determination, and all sorts of sport attitudes and attics...and the most important thing is...it's fun...

Yes..2010...i'll go for bowling...



Tuesday, December 22, 2009

Aku masih pelajar

Prof. Dr. Yusuf Abdullah Ali Al-Qaradawi

Dalam satu majlis rasmi, aku tertarik dengan satu pengalaman yg diceritakan oleh seorang penceramah VIP. Beliau pernah menemani Yusuf Al Qaradawi (x kenal?..xper) ke lapangan terbang sebelum Pengerusi Ulama Sedunia tuh berlepas pulang. Sempat beliau meneliti data personaliti yg hebat tuh di dalam pasportnya.

Antara maklumat yg menarik perhatiannya ialah, profesion yg dicatitnya sebagai pelajar. Sungguh menghairankan, seorang tokoh yg tersohor cuma mengisytiharkan dirinya sebagai pelajar...Lantas beliau terus bertanya kpd Yusuf Al Qaradawi mengenai statusnya yg dicatit di dalam pasportnya..

Yusuf Al Qaradawi berkata ;

"Sesiapa yg mengakui dirinya ALIM, maka ketika itu juga dia sebenarnya sangat JAHIL".


Yusuf Al Qaradawi: Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan (Tokoh Luar Negara) 1431H


Friday, December 18, 2009

I Luv Ubi Kayu

Manihot Esculenta Crantz


Pagi tadi, tujuh suku aku dah terpacak kat pasar..Kalu hari cuti aku suka ke pasar awal pagi..Tak pening nak cari parking dan x kecoh nak berasak-asak..
Macam biasa, belah luar pasar banyak hasil tani dan sayur-sayur kampung...Entah camner mata aku terus ternampak selonggok ubi kayu..Tetiba teringat lak..lama dah x makan mende nih..Terus jer tanya akak yg menjual tuh..
"2 ringgit dek" sahut akak tuh bila aku tanya sekilo berapa.."Kak..nak 2 kilo" aku terus order..
Arwah wan (nenek) aku kalu tau aku sekarang sampai kena beli ubi kayu tentu dah kena leter..hehe..Memang nostalgia..masa kecek-kecek dulu aku duduk ngan arwah aki dan wan ..Cuti sekolah, pagi-pagi aku dah ikut dorang gi ke kebun sayur tepi sungai x jauh dari rumah. Tanam ubi kayu nih senang jer..Batang ubi di kerat lebih kurang 6 inci, pastu bhg pangkalnya dipacak ke tanah yg digembur mengereng..Tunggu 9 bulan ke setahun dah ready untuk dituai..
Masak apa cara sekali pun..aku memang belasah jer..Sepinggan ubi kayu goreng tengah panas aku bole settle sorang.. pergh..apatah lagi kalu direbus, dibuat bengkang, lepat dan ubi tumbuk...mak aihh..Tak lupa juga tapai dan bole dibuat gulai..
Budak muda sekarang entahlah...Taste mereka dah di "infest" oleh jenama-jenama asing..Aku masih terbayang lagi ketika arwah wan aku menggoreng ubikayu..Kekadang ubi kayu kuning..kekadang yg putih..aromanya..emmm

Monday, December 14, 2009

Kepala Air

KERIANGAN VS TRAGEDI

Sewaktu cuti sekolah memanglah masa yg terbaik beriadah bersama keluarga samada berkunjung ke hutan lipur atau yg lebih menarik lagi jika terdapat air terjun...Di Bentong sendiri terdapat Air Terjun Chamang, Hutan Lipur Lentang dan tempat berkelah di Batu 7 Jln KL lama serta Kolam Air Panas....
Tapi awas..tempat-tempat yg nyaman seperti nih bole menjadi perangkap maut....Gambar-gambar di bawah nih menterjemahkan apa yg aku maksudkan......


AIR TERJUN NIH CUMA 25 KAKI TINGGI



AIRNYA CETEK DAN MENGALIR PERLAHAN

LELAKI MEMANG..MMG LAH..MASA NIH TUNJUK MACHO




HERO-HERO TUH MENGHALA KE AIR TERJUN


LEPAK BAWAH AIR TERJUN MMG TRILL


NIH DI SEBELAH BAWAH SIKIT DARI AIR TERJUN

PERASAN PONDOK REHAT DI TEPI AIR TUH..


TETIBA AIR MENJADI BANYAK DAN DERAS..BUNYI SEMAKIN KUAT


2 JEJAKA TADI TERPERANGKAP DI BAWAH AIR TERJUN




SELEPAS 30 SAAT...AIR SEMAKIN BESAR..




LIHAT AIR YG SEMAKIN RAPAT KE PONDOK REHAT




AIR SUNGAI SEMAKIN MENGGANAS




NASIB 2 OANG TADI X DI KETAHUI




AIR SUNGAI PENUH NGAN LUMPUR DAN SAMPAH SARAP


SELEPAS 1 JAM AIR SUNGAI MASIH MENGGANAS


TRAGEDI BAGI 2 MANGSA TADI


Pada musim tengkujuh ketika nih, tragedi spt nih sering berlaku di tempat perkelahan dan yg malangnya ia berlaku ketika orang ramai sedang bersukaria....Kepala air bole sampai dlm beberapa saat saja dan sesiapa yg berada di dalam air pd ketika tuh pasti terperangkap..

Kenapa ini berlaku??

Pokok kayu yg tumbang terkumpul bersama sampah-sampah lain spt buluh dan ranting menghalang laluan air sungai, biasanya disebelah hulu sungai. Sewaktu hujan lebat dan berpanjangan ia menjadi empangan yg tidak stabil. Empangan kayu nih akan pecah apabila tekanan air semakin kuat maka, terbentuk kepala air yg menyerbu deras ke hilir sungai..

Okay lah..paparan di atas cuma sebagai peringatan kpd semua sahabat yg bercadang untuk pergi beriadah ke hutan lipur bersama keluarga, kengkawan atau memadu kasih...



Friday, December 11, 2009

KM O

Beritahu kawan jika aok terjumpa persamaan spt di bawah nih..


Pejabat Pos Bentong




Batu tanda jarak (milestone) di hadapan Pejabat Pos Bentong





Pejabat Pos Kuala Lipis




Batu tanda jarak (milestone) di hadapan Pejabat Pos Kuala Lipis



Setahun dua nih kawan rajin berulang ke KL..Lepeh lah weh. Kawan perasan ada satu mende yg sangat menarik yg bole dikaitkan antara Btg dan Lepeh. Kalu aok lalu bandar Bentong nak hala ke KL (Kuala Lumpur) aok pasti lalu depan Pejabat Pos Btg..Perati ke betui-betui di depan Pej. Pos tuh ada batu tanda jarak (milestone) bertanda "KM O"..Haa..gitu juga kala masuk ke bandar KL (Kuala Lipis) atau nama manjanyer Lepeh..maksud kawan bandar lamanyer..Lepas jer 500 meter dari lampu trapik aok terus jer nampok Pejabat Pos Kuala Lipis sebelah kiri..haa..aok akan nampok di tepi lebuh tuh batu tanda jarak yg berbunyi terpahat "KUALA LIPIS O"..Uisk nih lagi klasik.

Kedua-dua Pejabat Pos mempunyai batu tanda jarak O KM di hadapan pejabat masing-masing. Jarak di antara bandar Kuala Lipis dan Bentong ialah 87 km atau 106 km mengikut jalan lama. Perjalanan ngan kereta pd kelajuan 90-100km/jam cuma mengambil masa selama sejang setengoh jer.. Emm..kawan rasa ini satu mende yg unik. X silap kawan batu tanda jarak di KL (Kuala Lipis) tuh batu zaman penjajah dulu (Apa komen aok..LIPISLADY?) Mana tau kita bole jadikan tarikan pelancong..haha. Kawan x pasti kalu dulu-dulu batu tanda jarak mmg bermula ngan "O" dimulakan dari pejabat pos? Kalu ada sesiape kengkawan yg nak share info jemputlah komentos di sini yek.



Thursday, December 10, 2009

Diri Anda..erk

The First Impression



Kekadang ada masanya kita merasakan perlu membuat sesuatu terhadap keterampilan diri.. Walaupun kita nih makhluk sebaik-baik kejadian tetapi naluri diri sentiasa didesak untuk merubah. Atas pelbagai alasan spt faktor luaran khususnya pandangan orang lain terhadap diri anda dan elemen-elemen yg berputar di sekeliling anda.
Cuba huraikan tujuan anda bertali leher ke pejabat walhal di dalam iklim tropika spt nih adakah ia memberi sebarang manafaat..Yeap..soklan tuh memang subjektif..Apatah lagi bagi seorang wanita yg berambut panjang tetiba nak di potong nyer..Tentunya hasrat si adik tuh akan terencat apabila abangnyer x rela..
Okay..okay..dah tenung gambar di atas?...Adakah anda sedang tersenyum atau mengambil masa yg lama untuk "digest" apa yg sebenarnya aku cuba paparkan..X usah sakitkan otak anda yg rata-rata beratnya(otak manusia) cuma 2% dari berat tubuh.
Apa yg sebenarnyer si sang Raja mahu tonjolkan..Apakah kekurangan dirinyer mendorong ia mengaran rambutnyer? Mungkin ia mahu kelainan..atau happening..atau dipengaruhi oleh kengkawan supaya membuat sesuatu yg berani..
"The First Impression" ni lah yg selalu menjadi andaian kpd siapa anda sebenarnyer..dan kita selalu lupa ngan "Do Not Judge a Book By its Cover"..Walaupong si Raja nampak "patah" tetapi personaliti dalamannyer mungkin tidak.
Begitu juga paparan di laman blog anda..dari isu / n3 yg anda tonjolkan malah gambar profil anda juga memberi impak kpd pengunjung blog. Dgn menyorokkan muka di belakang paper memberi gambaran seolah-olah anda nih malu..tapi mahu..(atau miang)hehe. Tapi aku sangat suka jika anda mempunyai senyuman yg menawan, jgn malu-malu..paparkan ia di profil anda..sebab senyuman yg ikhlas tuh memberi gambaran anda seorang yg positif, berkeyakinan dan ya..anda memang menawan.

Tuesday, December 8, 2009

Nampak Tapi X Perasan

Are you sharp enough??


Sudah menjadi rutin setiap bulan kita akan "setel" semua bil-bil domestik. Kita sentiasa "akur" ngan catitan pd bil yg bercetak: JUM. PERLU DIBYR. RM XXX.XX. Maklum sajalah, zaman hitech nih..kebergantungan dan percaya 100% pd keupayaan teknologi secara x sedar dimanupulasi oleh pihak-pihak yg oportunis mengaut keuntungan di atas kelalaian kita.

Cuba teliti bil letrik di bawah nih...


Bacaan meter DAHULU (bulatan merah) bagi bulan april dan mei..Sama jer..29128. Sepatutnya bacaan dahulu bagi bil bulan mei ialah 29380(spt yg tercatit pd petak SEMASA bulan april). Makanya, kita ngan selamber jer terus gi bayar extra RM 72.80...Nak dpt balik duit tuh bukannya senang weh...



IS THIS HUMAN ERROR OR WHAT????




Psst: sebelum menjalankan kewajipan tuh...teliti dulu yek.


maaf: gambar x sharp enough..hehe


Sunday, December 6, 2009

Don't Try This At Home

AKU DI SINI


Layan dulu gambar-gambar di bawah nih...








DON'T TRY THIS AT HOME!!

Aku dah agak dah apa yg korang pikiaq...Mesti tentang pengembaraan ku yg penuh adventure dan dramatik..hehe..Siap tunjuk lagi aku dok posing kat ner!!..
Aku tau yg korang tau ketapi ni kat ner!? (nih soklan ker?)..INDIA!!..Betui..Pengangkutan utama India nih telah berkhidmat sejak 26 April 1853 (fakta nih), pada masa nih dikendalikan oleh 1.4 juta pekerja dan memberi perkhidmatan untuk purata 18 juta penumpang sehari..wooii(18 000 000 penumpang).

U guys kalu berpeluang naik ketapi di India nak duduk di dalam atau di luar?? Ada sebabnya aku suka duduk(bertenggek) di luar tuh..(x tanya pun..hehe)

  • udaranya segar bugar

  • pemandangan teramat indah (mcm dlm filem Taal)

  • mana tau produser filem nampak aku dok depan sekali..ambik belakon..keh keh

  • aku x percaya kat pemandu tuh..

  • x yah tiket..at ur own risk..jimat budget
  • macho..(x gitu..isk..isk)

  • ramai dpt kawan(pandir cam dorang gak)

  • bau taik lembu di India lain dari yg lain (kesitu pulak)

  • trill lebih dahsyat dari roller coaster

  • all those guys are gentlemens...suruh org pompuan duduk dalam..(pompuan kan!!..isk..isk)

  • ketagih...(xtreme addicted)


Pengakuan penulis:

Sebenarnya aku cuma berangan jer.....jangan marah



Friday, December 4, 2009

Meenu Thale Kari


Ayoyo..

Saya kawan (Chandran) mari rumput potong..Sudah kalu..makan punya hal kasi cerita..Dulu hari, semalam punya semalam dia bini masak Ikan Kapla Kari Kari Kepala Ikan...Ayo..dia cerita banyak syok. Belakang, saya terus minta resipi..tanya apa macam mau bikin..Ini Chandran, dia hati dalam banyak baik...Belakang, dia kasi tulis cantik-cantik. Ini jam jugak, saya mau bikin...aamak!!!

Meenu Thale Kari


Sapduvinkingala ithuku munnaale? Ilaiya!? Oiii...savadiyaa irukum....okay, rombe pese virumbile oru pen num & paperaiyum edunge....ethukku? Eppadi kari vaikanumne solle tharepohren... hehehe... nambe mudiyalaiya!!?
Okay..okay..aku tau korang dah naik sengugut migrain baca mende nih..hehe..xper..aku alih bahasa perenggan yg di atas shj..Bunyinya camnih...
Pernah x makan kari kepala ikan? Tak pernah? Oiii...Best tau....okay, aku x mau cakap banyak sediakan kertas dan pen....buat per? Aku nak bagi resipi lah...hehehe...kenapa x percaya!!?

Theraiyaana porutkal

1 mulu meenu thale (soppu meenu / vanehanai meenu)
5 periya vengayam
2 pundu thunddu
1 inci inji
- konjam thalike vendiya porutkal (kadugu, venthayam, jiragam)
- meenu kari thool (Babas / Adabi)
5 vendikai
3 pache molagai
2 takkali
2 kothu karuveppilai elai
- puli thanni konjum
- thenggai paal
- yennai
- uppu

Seiya vendiya murai.

1. Sathiyil yennai uthi soodakiyathum, veddiya venggayam, poondu, inji karuveppilai, thaalika vendiye porutkal, poothu vaasam varum varai thaalikavum.

2. Meenu kari thool poothu yennai vare varaikum kindavum. Apperum naduvile vendiya pache molagarai podavum.

3. Puli thanni vadikati uuthavum thenggai paalum uuthavum.

4. Konjam thevaiyaana alavukku thani uuthavum.

5. Adupu konjam sinnathaa vaikavum. Kari nalla kothikare varaikum wait pannunge.

6. Kothichonne, vendikai, takkali, uppu podarum oru kothi vanthatum eduthuvunge.

Aperum enaku anupirunge......wokey??
Tq Mr Chandran (u r my gud fren..emm).

psst: Jika ada yg teringin(ada ker yg teringin..hehe) menyalin resipi Kari Kepala Ikan aku nih...silakan..FOC.

akujanji: sebarang insiden yg menyebabkan gangguan mental dan kecederaan fizikal akibat dari ketidakpatuhan atau tidak komplian kepada arahan dan langkah-langkah yang telah digariskan oleh pihak yg bertonggeng bertanggungjawab dengan itu maka ditaklikkan sengaja menzalimi diri sendiri....Dengan maksud yg mudah...Do it at your own risk...


Tuesday, December 1, 2009

Err...Sorry


N3 yg dulu pernah aku menekankan betapa hebatnya jika kita sentiasa memaafkan orang lain. Malah dari hadis nabi pun menyatakan amalan memaaf tuh adalah ciri-ciri ahli syurga.
N3 kali ini aku hendak berkongsi tips macamana nak mohon maaf!!...maksud aku, permohonan maaf tuh memberi kesan yg mendalam dan ianya sangat mudah untuk melakukannya.
Maklum sajalah, kita oang lelaki nih memang...memang susah nak menyebut maaf walaupun ngan awek sendiri. Sebenarnya bukanlah sangat nak mempertahankan kemachoan atau keegoan seorang jantan..mengada-ngada jer yg lebihnyer..hehe..(suka tengok awek muncunggg..hehe..kadang-kadang naik geram gak). Ok..ok..straight to the point..

Terdapat 5 perkara yg perlu difahami sebelum permohonan maaf tuh berkesan..

1) Akui apa yg telah anda lakukan. Jika tidak pasti masalahnyer..tanya!

2) Akui kesan/akibat dari perbuatan anda ke atas perasaannya.

3) Luahkan kekesalan anda.

4) Tekan keazaman anda untuk tidak mengulangi kesilapan yg telah anda lakukan.

5) Setelah selesai meluahkan 4 perkara di atas, baru mohon maaf..

Contoh klasik:

Syam perasan yg buah hatinya Fina Siti asyik mencuka, x mau bercakap (manja-manja mcm selalu), seolah-olah ada sesuatu yg x kena. Tingkah laku Siti menunjukkan Syam telah melakukan sesuatu yg membuat ia marah..Syam cuba bertanya tetapi dia tidak sepatutnya berkata spt ini:

Syam: Siti!!..amende nih?..ape yg x kena? uhhh..Jgn buat perangai mcm nih!!

Pembuka kata yg spt tuh akan menyemarakkan lagi api kemarahannya...percayalah..

Syam sepatunya cakap camni:

Syam: (1) Sayang...i akui i salah..i tak sepatut buat u camni. I sepatutnya berfikir dulu sebelum i komen tentang u tadi..(tu lah..gi komen hidung org tuh kembang buatper..hehe) (2) I tau..apa yg i cakap tadi seolah-olah u nih teruk sangat. I selalu lupa yg u nih mudah terguris. (3) Sebenarnya i tak sengaja..i rasa teruk sangat bila u jadi moody camnih. (4) I pastikan lain kali i tak buat dah..i akan berfikir dulu sebelum bercakap..perasaan u sebenarnya sangat istimewa bagi i. (5) Siti!...maafkan abang sayang..

Siti, sudah tentu, dia akan memaafkan...percayalah..awek pasti cair punyer. Yang penting cara nak mengayat tuh..

Related Posts with Thumbnails