Tapi sebenarnya tumpuan aku cuma kat kolam nih. Aku ngan dua rakan kursus dah macam badak air...berendam nampak mata je..maklumlah, hujung sana ada satu(seorang) awek berenang stylo ngan baju renang...pergh..ni mesti budak bandar nih..kalo x, x kan berani masuk ke kolam ngan 'swimming trunk'. Dia pun dah naik perasan ada 'badak air' jantan dok skodeng..
Tapi yang sebenar-benarnya aku nak cerita bende lain. Lupakan pasal awek tuh..ehek. Malam tuh aku naik gatal satu badan(bukan menggatal). Kawan sebilik gatal tekak dan mata. Apeketidaknya..berendam di kolam renang dekat dua jam. Puncanya!?..air kolam tu lah..(bukan awek dalam kolam tuh..hek ala)
Mungkin selama ini kita x pernah ambil tahu pasal air kolam renang nih. Paling tidak kita tahu air kolam renang dicampur klorin untuk nyahkuman. Lepas tuh ngan yakinnya kita pun terjun terus dan bertambah seronok bila makin ramai join semangkuk(sekolam).
Pernah nampak x papan tanda macam di bawah nih?..
Itulah pasal badan aku jadi gatal-gatal...x ikut arahan(buat x faham). Berapa ramai yang 'shower before entering pool'? Aku berani 'bet'.. x sampai tiga peratus akan berbuat demikian. Dan juga, kita mesti 'shower after leaving pool'. Lagilah x pernah buat. Badan dah kering baru nak mandi di bilik.
Ok aku nak kongsi info...Dalam kolam renang tuh sebenarnya sentiasa tercemar disebabkan kotoran yang datangnya dari badan kita sendiri. Kotoran badan(dari peluh..daki), air kencing, najis(jika bahagian sulit tidak dibersihkan dengan baik), lendiran, kulit mati dan debu. Maka air kolam tuh dipenuhi staph aureus, klebsiella, enterobacter, E.coli, bacillus, sarcinia, candida specie, staphylococcus epi, diptheroids sebagai contoh. Semua itu boleh menyumbang kepada jangkitan kulit dan pernafasan. Klorin yang ada dalam kolam x banyak membantu, malah bila bercampur ngan air kencing(asid urik) akan terhasil 'chloramines' di mana gas trichloromethane akan dibebaskan di permukaan air. Gas yang dihidu akan menyebabkan masalah pernafasan dan berisiko mendapat asma.
Losyen, sabun badan, pewangi, minyak rambut, salap juga akan mengotorkan(cemar) air kolam. Awas kalau ada luka kecil malah, jerawat pun mudah dijangkiti kuman dari air tersebut. Bakteria yang ada dalam air kolam boleh menyebabkan pelbagai jangkitan kulit seperti cellulitis, boils, sty, carbuncles dan impetigo, malah eczema.
Oleh itu;
*Shower before entering pool..
- dua per tiga bahan kotoran badan dapat dibersihkan.
- satu per tiga bakteria diasingkan.
- sebaiknya bersihkan sekali bahagian badan yang dilitupi pakaian mandi.
dan..pastikan;
- tiada selsema (virus tersebar melalui air)
- berselipar sewaktu 'shower'(bakteria di lantai yg basah boleh ikut sama masuk ke kolam).
- tiada penyakit kulit yang kronik.
- jangan kencing dalam kolam(walaupun orang x perasan bau petai).
*Shower after leaving pool..
- segala bahan cemar yang terlekat pada badan dapat dibersihkan.
- mengurangkan risiko jangkitan kuman.
- pakaian mandi bersih dari bahan klorin yang boleh merosakkannya.
dan...orang lain pun tahu yang kita nih faham etika di kolam renang.
Walaubagaimanapun..relax tepi kolam pun ok gak...boleh.....tst..ihik.
psst: aw*ks suka main air...yapedapeduuuuu..