Bloggers Tertua Meninggal
Apa kena mengena gambar Maria Amelia Lopez (wanita bertongkat dlm foto tuh) ngan topik n3 nih?!! Jangan kemana-mana..teruskan bacaan anda (mcm pernah dengar ayat nih).Tak kenal??..akupun x..hihih..tapi pd 18 Okt. 2009 (ahad) lepas, sebuah akhbar arus perdana(saja x sebut nama akhbar tersebut) dlm rencana sisipannya, menyiarkan berita `perginya' seorang bloggers tertua pd usia 97 tahun.
Sebaris mukadimah rencana tuh berbunyi...
"Beliau bagaimanapun meninggal dunia pada usia 97 tahun minggu lepas"
.....minggu lepas???? biar betui...aku surf dan maklumat yg aku pasti beliau meninggal pd 20 Mei 2009(betulkan aku jika silap ekk). Aku malas nak jadikan isu pasal kesilapan tarikh tuh..nanti bengang lak ketua editor akhbar tersebut..hihi..mcmlah dia baca n3 aku nih. Tapi kalu betui dia "terbaca" teguran aku nih..aku dah maafkan kesilapan tuh..kita sama2 ingat mengingati. Yg sebenarnya, sejak aku jadi bloggers nih..terkesan jugak bila dengar apa saja berita tentang bloggers2 yg lain.
Baiklah...berbalik pd topik sebenarnya..Amelia dilahirkan di Muxia, Spain pd 23Dis. 1911. Pd harijadinya yg ke 95, beliau dihadiahkan oleh cucu lelakinya ia itu sebuah blog. Apa komen beliau dlm bahasa Spanish.....
"Hoy es mi cumpleanos y mi nieto es muy cutre me regalo un blog"
dialih bahasakan.....
dialih bahasakan.....
"Hari ini harijadi aku dan cucu lelaki ku yg kedekut tuh menghadiahkan sebuah blog"
Memang patut pun org tua tuh meradang kat cucu dia..apa kejad*hnya dihadiahkan blog..mata dahlah rabun..jgn kata dia..aku nih yg minum tongkat Ali selalu pun bengkek gak..bagilah Merc cls 350 ke..barulah sayang cucu..(materialistik latuu..uish).
Post pertama beliau dititip pd 23Dis 2006 dan, the rest is history. Katanya "y mi vida cambio"(dan hidup saya berubah). Sepanjang 880 hari beliau berblog, tapaknya dikunjungi sebanyak satu juta lapan ratus tujuhpuluh ribu empat ratus tiga puluh empat pengunjung...fullamakkk. Aku baru ada 24 followers ngan 300 views pun dah gedik semcm jer. Tapi dia sempoi ngan satu ribu tiga ratus tiga puluh lima followers..uuuuiiii.
ClustrMaps di atas menunjukkan lokasi pengunjung2 (bertanda merah) dari lima benua yg menjengah ke tapak beliau.
Malah Amelia berpeluang duduk semeja ngan Perdana Menteri Spain Jose Luis Rodriguez Zapatero.Amelia dlm n3 nya...
"mis blogueros son la alegria de mi vejez"
diMelayukan...
"rakan bloggers ku adalah keriangan hari tua ku"
(sila rujuk balik ke bahasa Spanish jika intepretasi ini hancus..ihik)
tambahnya lagi...
"yo no sabia que habia tanta bondad en el mundo"
maksudnya...
"aku tidak mengetahui selama ini banyak kebaikan di dalam dunia"
Postnya yg terakhir pd Feb. 2009..."Bila aku sedang melayari internet, aku lupa akan penyakit ku. Kealphaan itu bagus untuk kamu - berupaya untuk berkomunikasi dengan orang lain. Ia merangsang otak, dan memberi satu kekuatan"
intipatinya:....bagi ku, nilai sebuah blog tidak bole diukur dgn duit(intangible). Lihatlah seorang tua yg pd awalnya begitu rendah apresiasinya kpd blog, sebaliknya berupaya membawa dirinya jauh dari rasional jangkauan minda serta melepasi sempadan benua. Beliau dpt bertemu dgn pelbagai lapisan masyarakat dan merasai dirinya mendapat satu kekuatan..
Laman blog Amelia: http://amis95.blogspot.com/
pssst:...dah dapat ide hadiah apa nak diberi pd atok dan nenek kita??....biar betuiii