9.50am.. basement parking lot..
Fuhh!!!!...mengeluh cari parking. Jumpa satu..couple tu baru nak masuk brg satu troli ke dlm keta. Anak lelakinya yg tak duduk diam tu diletaknya dlm troli(shopping cart). Aku bagi signal dan terus masuk setelah mereka beredar.
10.20am.. food compartment..
Cari troli...habissss??!!!..apeketidaknye..gaji dah masuk..semangat sopingpun membara balik(termasuk yg bercakap..errr..menulis nih). Aku suka bawa troli walaupun beli brg seciput je..bukan ape, hand free.
Cari orange juice dan aiskrim almond pecan praline(srruuuppp)...layan nafsu. Jumpa kenalan dua tiga org..masing-masing tolak troli brg. Ooii..entah berapa puluh troli(tak pernah kira da) sedang berlegar...Hah!!ada satu dah ditolak ketepi..oppss..adik tu pulak ciluk dulu..nak direbut..hish..tak macho la.
Sudah menjadi trend kalu masuk pasaraya (untuk membeli brg dapur), troli brg merupakan satu alat bantuan atau pemudahcara untuk meletak pelbagai brg(kering, basah & apa sj yg terlintas) sambil bergerak dari satu lorong ke lorong yg lain.
Ada mende yg aku baru sedar tentang troli nih. Tau tak?!(akupun baru tau)..satu kajian di Korea Selatan(Korean Consumer Protection Board); penyelidik menekankan bahawa pemegang troli brg merupakan salah satu permukaan awam yg paling tercemar berbanding dgn kebanyakan tandas awam..aaa!? sebabnya?..tandas awam dibersih dan dinyahkuman secara berkala, ttp tidak troli brg. Malahan, mungkin troli brg dibersihkan cuma beberapa kali setahun atau langsung tak pernah!.Kita tak sedar tentang tahap pendedahan troli brg kpd bakteria dan kuman-kuman melalui punca spt pelbagai jenis daging dan lain-lain penyakit berjangkit datangnya dari pelanggan-pelanggan itu sendiri. Pada pemegang troli itu sendiri trdpt pelbagai kuman, virus, bakteria dan cecair badan yg terlekat pdnya..eee! Kajian menyatakan ada lebih sejuta(satu, kosong kosong kosong, kosong kosong kosong) kuman yg lepak kat pemegang troli brg. Bayangkan dlm satu hari berapa ramai pelanggan yg bertukar tgn menggunakan troli tersebut. Malah, pemegang tandas awam tidaklah seburuk yg disangkakan. Aduuii..selama nih aku relak je. Selepas pegang troli, sentuh hidung..pastu korek telinga(telinga kalu tengah gatal...huuuu), pastu pegang bungkusan burger, pastu bagi duit pd cashier, pastu cashier hulur lak duit tuh pd pelanggan lain, pastu mcm-mcm lagi.
12.25pm.. kaunter pembayaran..
orange juice,..err.. burger, roti, sardin, sos cili, kopi tongkat ali, aiskrim, coklat, minyak rambut, nata d coco,....the list goes on & on.....
First..apa nak buat
- cuci tgn setelah selesai membeli belah..terutama anak-anak yg di letak kedlam troli.
- guna cecair anti bacterial untuk nyahkuman pemegang troli seblm menggunanya.
Mudahkan?!
psst: penah x nampak tahi hidung kat pemegang troli....eeeee