CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 30, 2011

Nyamuk GM

Sedar Tak Kehadirannya?


Aku baru jer tau ada 6000 nyamuk yg di 'genetically modified'(GM) dilepaskan di hutan berhampiran rumah aku...Emm..naper ekk, dipilih kat rumah aku?..mungkin hutan dara kot...Pak menteri kata pengumuman telah dibuat(tahun lepas) melalui media sebanyak dua kali dan penduduk di kawasan yg terlibat telah dimaklum...haru betul..camner dah dilepas baru tau..kebetulan aku merayap kat sini..

Yang dilepaskan tuh ialah nyamuk-nyamuk jantan aedes yg telah di 'GM' ..dalam masa dua minggu(jangka hayat) si jantan nih perlu makan, bersenggama dan akhirnya mati...apa yg berlaku ialah samada nyamuk jantan nih tak produktif atau benih yg dihasil tidak dpt berkembang sepenuhnya dan mati pd masa yg singkat..dgn cara nih populasi nyamuk aedes akan dpt dikekang tetapi tidak terhapus keseluruhannya..Ianya satu proses yg berterusan dan berulang untuk mengawal populasi nyamuk mengguna kaedah ini..

Isunya...satu kawasan bandar spt shah alam memerlukan berbillion ekor nyamuk jantan 'GM' setiap kali proses 'pengawalan' sebelum tercetusnya wabak demam denggi..sudah tentu untuk menghasilkan seekor nyamuk 'GM' memerlukan KOS...berbillion ekor..trillion ekor..zillion ekor...agak-agak berapa kos kerajaan nak tanggung...saper yg nak hasilkan nyamuk 'GM' tuh ?....syarikat kroni?..eh!(ke situ pulak)

Pada pandangan aku yg tak pernah merencam fikiran tahap global nih, lebih baik kos yg besar tuh dialih kpd penambahbaikan, pembaikan dan pengurusan sistem saliran dan pembentungan supaya nyamuk-nyamuk durjana nih tidak dpt membiak...Begitu juga dgn penguatkuasaan (yg bekerja sambil lewa)..Pelbagai pihak yg diamanahkan termasuk orang awam akan menuding jari di kalangan mereka apabila wabak tercetus...Why not, juz let nature evolve by itself..don't break the chain coz we(human) have done enough (harm)...

Aku rasa, kalau projek nih tak bawak untung, jangan harap ada syarikat atau institusi (profit oriented) sanggup menjalankan kajian yg melibatkan jumlah kos yg besar.....lebih-lebih lagi yg tukang canang tuh ada kepentingan....urghhh

Related Posts with Thumbnails