CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 5, 2009

Excuse me...nafas berbau

> HALITOPHOBIA <
amende???

Di kaunter pembayaran bil..

  • Teller di kaunter senyum cuit(choo_it) bila giliran aku berurus dgnnya. Aku hulurkan bil dan dgn pantas beliau mengucapkan "Selamat Pagi" dgn menampakkan barisan giginya yg cantik. Spontan aku nak respon bila...uuhhhhh...solid bau petai A1 dari mulutnya. Aku dah separuh pitam.

Sembahyang Jumaat di Masjid Chamang..

  • "Rapatkan saf " ingatan dari bilal masjid...Aku pasang niat..angkat takbir mengekori imam Hj Mad yg aku kenali sejak dari kecil lagi. Baru nak masuk Fatihah aku hampir black out bila bau yg tak diundang menerjah ke lubang hidung ku yg mcm terowong Karak Highway tuh..he..he.."mulut sape la yg tak pernah service nihhh" merungut dlm hati..memang pahala Jumaat ari tu tak dapat markah pun..nawaitu dah terkucil.

Banyak lagi insiden lain yg melibatkan nafas berbau (bad breath). Sampai satu tahap aku naik risau dgn bau mulut sendiri. Maklumlah..personaliti bukan setakat ketrampilan dan tingkah laku..bau dari mulut juga is what u are..Aku dah mula Halitophobia..iaitu merasakan nafas seakan berbau busuk, ttp tidak. Bau mulut juga akan mencerminkan ur first impression.

Maklumlah..ada lebih 600 jenis bakteria berkampung dlm mulut. Menurut kajian, 80-95% kes masalah bau nafas yg busuk(halitosis) dtgnya dari mulut..khususnya di pangkal lidah. 5-20% dari gigi yg rosak, masalah gusi, tonsil, sisa makanan yg reput di celah gigi dan dari perut.


Ya..lidah atau lebih tepat lagi pangkal lidah merupakan punca utama nafas berbau busuk. Sebab tu la ni berus gigi dipasang sekali pembersih lidah..dulu tak ambil kisah pasal kebersihan lidah..rupanya di pasaran dah lama ada tongue cleaner, tongue scraper dan mcm-mcm lagi alat pembersih lidah..
Lepas buat homework aku nak share sikit di sini..

Macam mana nak tau nafas sendiri berbau busuk atau tidak?

  • guna satu jari dgn menyentuh pangkal lidah atau sejauh yg boleh dan biarkan air liur kering untuk seminit dua, dan hidu....jika baunya memitamkan..sahlah tu.

  • atau guna sudu kalu jari tu comel sangat.

  • atau jilat sedikit di belakang tapak tangan..biarkan air liur kering dan hidu...

  • atau panggil sukarela yg bole menyimpan rahsia..hembus nafas ke mukanya..dan tunggu jawapan ikhlas darinya(selepas dia sedar dari pitam).

Oklah...kalu indikator bau nafas menunjukkan ada masalah..maka pandai-pandailah bawa diri bila bersembang ngan kengkawan yek...Jgn sampai halitophobic lak. Macammana nak hilangkan bau tu..googirl lah sendiri..uish
http://emo.huhiho.com pssst...berus gigi selama 2-3 minit, bukan 20-30 saat...

Related Posts with Thumbnails