CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 29, 2010

J'Attendrai...

I WILL WAIT...

Satu harapan gituu..ntah naper minggu nih cam emo sket...resah gelisah cam rimau kucing nak beranak..dalam aku merayap-rayap jumpa lak clip nih..aku leh menyandor dengar lagu nih 3, 4, 5 belas-belas kali mcm 'kena' jer ngan mud aku..kebetulan ada english sub..tu yg mud aku layan jer..makin lama dengar..makin nyampah syahdu lak..
Kalo rajin korang layan vid nih sambil belajar (sikit-sikit jer) bahasa french..contoh.. J'Attendari bunyi nyer...JZAR TORN DREY...juihkan sikit bibir tuh..hehe


Saturday, September 18, 2010

Mind Ur Language

ME NO SPEAK ENGLISH..

Aku percaya suma oang pernah masuk tandas awam, tandas masjid apatah lagi tandas sekolah...Satu perkara yg tak terlepas dari pandangan kita ia lah lukisan tulisan pada dinding dan pintu tandas yg kadangkala membuat kita ralek membaca dan hampir terlupa hajat kita sebenar berada di situ...Mesej yg cuba disampaikan mempunyai maksud yg tersendiri samada ianya personal, cetusan perasaan (ide tahap tandas), khidmat sosial atau cemuhan dan maki hamun..Pelukis-pelukis jalanan yg malu untuk menunjuk bakat di khalayak ramai pun melontarkan ilham di dalam ruang yg xklusif nih..dan lukisan yg dilakarkan pun sangat-sangat xklusif..eee

Ok..itu mukadimah jer...yg aku nak citer mende di bawah nih.."FLASH AFTER USE"...err..aku jadi keliru..naper mesti aku tunjukkan mende tuutttt.. lepas selesai tugasan??..vocab inggelish aku cuma tahap band 2..urghh..itu yg aku faham...bunyi "FUR LARGE" ngan "FUR LASH"....
Apedia..!!??..aku tau..aku tau.. korang pun dpt agak.."FLUSH AFTER USE"...betul kan...mesti korang kata typing spelling error..Pada aku ini bukan masalah mengeja...ia lebih kpd sikap tak ambil tau..atau lebih tepat.."ADA AKU KISAH"..

Memang aku tak kisah kalu yg menulisnyer budak tahap tahun 3...nih yg menulisnyer berader tahap IPTA...Baru-baru nih aku ada lepak di sebuah IPTA (sengaja tak mau sebut IPTA mana..hehe..nanti kantoi..), tetiba rasa 'natures call', aku pun terjah ke dlm tandas dioang..Aku baca lah tulisan yg ditampal pd dinding tuh..memang niatnyer baik (rajin penulis tuh mengingatkan org lain) dan untuk kesejahteraan pengguna tandas tersebut..cuma ejaannyer terkucil sikit dah bawa maksud lain...

Bro!!!...kalu korang perasan mende nih ada kat tandas korang...plzzzzz..do something with it..I do not want to insult innocent people by 'flashing' my 'thing' after using it..

P/S: ATAU IA MMG BERMAKSUD DEMIKIAN...

Wednesday, September 8, 2010

Tribute to Sahromnasrudin

Saje bikin gempak..hehe


N3 nih di tuju khas tuk Sahromnasrudin...
Bro!!!..hang mesti saspen campur gelabah campur heran campur bedebar-debar naper aku tetibe nak tulis pasal hang..Aku saje nak ngusik hang nih..Sebenarnye aku cuma nak mengucapkan bebanyak timakacih kerna sudi berkahwin berkawan ngan aku..Tq gak kerna sudi beri kad raya maya..sahabat siber yg pertama mengirim kad raya dan err..mungkin itu ajer kot..hehe..(ingat hang kat aku no..)..Aku ingat permintaan hang untuk dipaparkan kad raya nih sehingga 15 Syawal...Well..sebagai tanda hormat aku pd hang, aku letakkan kad raya hang di sebelah kanan laman aku nih sehingga 15 Syawal..insyaAllah..
Maaplah sbab tangan aku gatai sikit bagi modified kad raya hang tuh...bukan apa..bagi meriah no..Aku takdak apa nak bagi hang, cuma salam rindu ukhuwah sejak kita berkenalan melalui alam maya nih..Bro..cuma satu lah..aku tak tau nak panggil nama manja/glamour/ringkas hang lagu mana!?..Sah..Rom..Nas..Udin..atau..Din ker...Macam syafinaz, aku panggil ayang kak finaz jer..ihik..Ye lah..tak kenal maka tak cinta mesra ekk..
Hang tau tak??..Tak tau??..Aku suka ngan konsistensi hang dlm menulis n3..Hang mengajak kengkawan bloggers sama-sama 'berfikir' dan berkongsi ide serta sangat menghormati pandangan mereka..walaupun kekadang pendapat/komen yg mereka hujahkan agak 'absurb'...Aku harap sokongan dari bloggers terus mencabar dan merangsang kreativiti hang dlm berkarya secara jujur dan inovatif (pergh..ayat..)..Memang ada asam garamnyer semasa melayari rencah berblog..Perasaan kita akan terguris/tercalar dek 'tingkah laku' segelintir bloggers macam aku tiada pendirian dan tidak beretika..Tapi yelah..kalu suma bloggers mcm aku hang..aman dan suci alam blog nih..hehe..

Aku harap hang tidak jemu-jemu menjenguk ke teratak aku yg tak seberapa nih(syahdunyerr..)..Hang merupakan salah seorang pengunjung yang tegar dan sentiasa mengisi 'kesunyian' laman aku yg gitu-gitu jer..

Bro...sempena hari lebaran nih...ku pohon maaf jika ada terkasar 'bahasa' dan seumpamanyer, semoga silaturahim kita bertambah erat lagi....


MAAF ZAHIR & BATIN



Saturday, September 4, 2010

No No No..no muslim!!......Think again..

Isu yg hangat baru-baru nih heboh diperdebat oleh pejuang-pejuang politik agama (he..he) demi mempertahan kesucian masjid..Keluar tv..keluar paper.. Tak mau citer banyak..nanti kena saman..hu hu..Luangkan masa membaca seterusnyer...

Ketika Majlis fatwa telah mengeluarkan hukum berkait keharusan bukan Islam mengunjungi masjid sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.Dan memang itu pun yang dilakukan oleh umat Islam diluar Malaysia yang merupakan amalan yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Saw dan para sahabat. Masjid merupakan pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, pusat kehakiman, tempat ibadah, tempat pertemuan duta-duta asing yang ingin menemui Rasulullah Saw maupun khalifah selepas baginda.
Kita lihat gambar-gambar dibawah bagaimana menggambarkan perkembangan dakwah yang pesat terhadap mereka yang bukan Islam yang menjadikan masjid sebagai pusat maklumat dan penyebaran Islam di negara selain Negara kita. Apa yg berlaku baru-baru nih, 'PIHAK-PIHAK TERTENTU' menganggap semua ini adalah pencemaran terhadap kesucian masjid dan penghinaan terhadap Islam...errm
1. Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang memberi banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam




2. Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.


3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.


4. Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.

5. Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat di dalam masjid tersebut.



6. Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuka kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara ibadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam di situ.

7. Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau ianya di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.

8. Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Kalau kat Malaysia mungkin ada orang menghambat mereka kot?.




sumber: from my mailbox..tq cikgu mi

Related Posts with Thumbnails