CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 22, 2009

Aku masih pelajar

Prof. Dr. Yusuf Abdullah Ali Al-Qaradawi

Dalam satu majlis rasmi, aku tertarik dengan satu pengalaman yg diceritakan oleh seorang penceramah VIP. Beliau pernah menemani Yusuf Al Qaradawi (x kenal?..xper) ke lapangan terbang sebelum Pengerusi Ulama Sedunia tuh berlepas pulang. Sempat beliau meneliti data personaliti yg hebat tuh di dalam pasportnya.

Antara maklumat yg menarik perhatiannya ialah, profesion yg dicatitnya sebagai pelajar. Sungguh menghairankan, seorang tokoh yg tersohor cuma mengisytiharkan dirinya sebagai pelajar...Lantas beliau terus bertanya kpd Yusuf Al Qaradawi mengenai statusnya yg dicatit di dalam pasportnya..

Yusuf Al Qaradawi berkata ;

"Sesiapa yg mengakui dirinya ALIM, maka ketika itu juga dia sebenarnya sangat JAHIL".


Yusuf Al Qaradawi: Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan (Tokoh Luar Negara) 1431H


Related Posts with Thumbnails